awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Manchester United kalahkan Liverpool 2-1

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2013
16:50 MYT
EPL: Manchester United kalahkan Liverpool 2-1
Saingan Liga Perdana Inggeris.
Manchester United berjaya mengalahkan Liverpool 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford malam tadi.
Robin Van Persie menjadi pencetus kemenangan ‘Red Devils’ apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-19 selepas berkali-kali cubaan membolosi benteng pertahanan lawan gagal.
Bola yang berjaya membolosi bahagian kanan gawang Liverpool itu juga merupakan gol peribadi ke-17 bagi Van Persie sepanjang musim ini.
Pada separuh masa pertama Manchester dilihat lebih menguasai perlawanan dengan tempo permainan yang pantas dan beberapa cubaan bahaya.
Bersambung separuh masa kedua, Manchester sekali lagi berhasil menjaringkan gol apabila sepakan percuma Van Persie yang melengkung ditanduk Patrice Evra dan menerjah terus ke gawang lawan pada minit ke-54.
Kegembiraan tuan rumah tidak bertahan lama apabila hanya selang tiga minit, tuan rumah dikejutkan dengan serangan balas yang dimulakan dengan gerakan Steven Gerrad dan disempurnakan Daniel Sturridge untuk Liverpool merapatkan jurang.
Namun kemenangan 2-1 tetap milik Manchester United sekaligus memastikan kedudukan teratas kekal di puncak liga.
Topic Berkaitan
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan