awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Era Gerrard di Aston Villa bermula dengan kemenangan

Astro Arena
Astro Arena
21/11/2021
03:32 MYT
Era Gerrard di Aston Villa bermula dengan kemenangan
Keputusan itu turut menyaksikan Villa kini dibezakan empat mata daripada zon penyingkiran selepas 12 perlawanan. - Astro ARENA
ASTON VILLA 2 BRIGHTON & HOVE ALBION 0
Steven Gerrard menikmati permulaan positif selaku pengurus dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membawa Aston Villa menewaskan Brighton and Hove Albion 2-0 lewat malam tadi.
Larian hebat dan penyudah dari luar kotak penalti yang dilakukan Olli Watkins pada enam minit terakhir di Villa Park meletakkan pasukan tuan rumah itu di depan.
Tyrone Mings kemudian memanfaat kesilapan pertahanan pelawat untuk menjaringkan gol dari jarak enam ela bagi memastikan kemenangan pasukannya, sekali gus menamatkan rentetan lima kekalahan buat Villa - rekod buruk yang mengakibatkan bekas pengurus, Dean Smith, dipecat.
Gerrard, yang mengambil alih pasukan itu selepas kempen cemerlang bersama kelab Scotland, Rangers, menjadi pengurus Villa ketiga daripada keseluruhan 13 sepanjang era EPL memenangi perlawanan pertama selaku pengendali pasukan itu. Dua lagi individu yang pernah melakukannya ialah John Gregory (Februari 1998) dan Gerard Houllier (September 2010).
Keputusan itu turut menyaksikan Villa kini dibezakan empat mata daripada zon penyingkiran selepas 12 perlawanan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Steven Gerrard
#EPL
#Brighton and Hove Albion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan