awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Everton 'ikat' Liverpool di Goodison Park

Sinar Harian
Sinar Harian
03/09/2022
21:15 MYT
Everton 'ikat' Liverpool di Goodison Park
Penjaga gol Everton, Jordan Pickford dijulang sebagai wira apabila menafikan deretan percubaan jentera serangan Liverpool. - Foto AP
DUA jiran tetangga - Everton dan Liverpool berkongsi satu mata selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park sebentar tadi.
Penjaga gol Everton, Jordan Pickford dijulang sebagai wira apabila menafikan deretan percubaan jentera serangan Liverpool yang diketuai Darwin Nunez.
Nunez dan Luiz Diaz hampir meletakkan Liverpool di depan pada penghujung babak pertama, namun percubaan mereka singgah di tiang gol Everton.
Pickford yang juga penjaga gol England turut berjaya menggagalkan percubaan Roberto Firmino sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang perlawanan berlangsung.
Mohamed Salah turut berpeluang merobek gawang Everton, namun bola rembatannya pada penghujung perlawanan sekadar mengenai palang.
Sebelum itu, bekas pertahanan Liverpool, Conor Coady berjaya memecah kebuntuan gol apabila menyudahkan hantaran Neal Maupay pada pertengahan babak kedua.
Namun, jaringan itu dibatalkan selepas semakan menerusi video bantuan pengadil (VAR) apabila Coady didapati berada dalam kedudukan ofsaid. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Everton
#bola sepak
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan