awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: Jangan bergantung kepada kejayaan, terus kerjasama sebagai satu pasukan - Bottas

Bernama
Bernama
04/06/2021
20:42 MYT
F1: Jangan bergantung kepada kejayaan, terus kerjasama sebagai satu pasukan - Bottas
Bottas mengingatkan pasukannya untuk kekal sebagai satu pasukan. - Foto REUTERS/Dominic Ebenbichler
KUALA LUMPUR: Pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 (Formula Satu) tidak boleh terus dibuai dengan kejayaan mereka mendominasi sirkit, kata pemandu pasukan itu Valtteri Bottas.
Pelumba dari Finland menegaskan walaupun pasukannya berjaya untuk mengekalkan sebagai juara pegeluar untuk tujuh tahun, Botas mengingatkan pasukannya untuk kekal sebagai satu pasukan dan terus dengan sasaran mereka untuk memenangi gelaran itu buat kali kelapan pada hujung musim 2021.
Bercakap mengenai Grand Prix (GP) Azerbaijan di Sirkit Baku City, Botas menegaskan bahawa pasukannya perlu berhati-hati dengan dua lawan mereka iaitu Red Bull Racing Honda dan Ferari, yang boleh menjadi saingan kepada pasukannya.
"Saya rasa, ia akan menjadi semakin sukar dari semasa ke semasa kerana pasukan lain sedang mengejar anda kerana mereka mempunyai sasaran besar untuk cuba dan mengalahkan kami.
"Akan ada risiko apabila anda menjadi pasukan yang menang kerana anda tidak boleh terlalu selesa... kita mesti sokong antara satu sama lain dan saya rasa menetapkan sasaran dan fokus semua keupayaan bersama menjadi kunci kepada kejayaan untuk tahun-tahun yang akan datang," katanya dalam sidang media secara dalam talian bersama media Malaysia pada Jumaat.
Selepas lima perlumbaan musim ini, Mercedes-AMG Petronas F1 berada di tempat kedua dengan 148 mata, satu mata di belakang pendahulu Red Bull Racing Honda (149 mata) dan diikuti Mclaren Mercedes di tempat ketiga (80 mata) dan Ferari (78 mata) di tempat keempat.
Botas ketika ini berkedudukan keempat bagi pemandu dengan 47 mata, manakala Max Verstappen (Red Bull) di tempat pertama dengan 105 mata, diikuti rakan sepasukannya Lewis Hamilton di tempat kedua (101 mata), manakala ketika Lando Norris dari Mclaren Mercedes (56 mata).
Mengenai persediaan beliau untuk perlumbaan selanjutnya, Botas berkata tugas berat menantinya pada perlumbaan di sirkit atas jalan raya kedua musim ini selepas di Monaco bulan lepas, di mana beliau terkeluar dari perlumbaan akibat kerosakan nat tayar.
Bottas berkata, beliau tidak sabar untuk memberikan cabaran pada perlumbaan di Baku dan akan menggunakan cara berbeza kerana perlumbaan itu sekali lagi akan diadakan di sirkit atas jalan.
Dalam masa yang sama, beliau juga percaya pasukannya telahpun berjaya menyelesaikan isu nat tayar yang menyebabkan keputusan buruknya di Monaco.
Sementara itu, pelumba berusia 31 tahun ini memaklumkan yang beliau tidak mempunyai cara khas bagi meningkatkan keyakinannya sebelum beliau mula berlumba semula, namun yakin yang tubuh dan mindanya akan berada dalam keadaan tenang sebelum menunjukkan bakat dan keupayaannya di sirkit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AMG Petronas F1
#Mercedes-AMG Petronas F1
#F1
#Formula 1
#Valtteri Bottas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan