awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM perlu ambil tindakan banteras ulat tiket bola sepak - Khairy

Bernama
Bernama
29/06/2013
13:56 MYT
FAM perlu ambil tindakan banteras ulat tiket bola sepak - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu lebih tegas dan mengambil tindakan terhadap sindiket ulat tiket perlawanan bola sepak di negara ini.
Khairy berkata beliau akan berbincang dengan FAM mengenai usaha membanteras masalah ulat tiket perlawanan bola sepak yang didapati kian aktif, agar tidak mengudang kekecohan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.
"Satu perkara yang saya tidak puas hati adalah dari segi penjualan tiket. Kita nampak memang ada permintaan tinggi terutama untuk perlawanan akhir Piala FA, menyebabkan ramai penyokong bola sepak terpaksa beratur berjam-jam.
"Laporan yang saya terima menunjukkan ada yang dapat meniru tiket secara pukal dan dijual pada harga lebih tinggi berbanding apa yang ditetapkan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat perkampungan Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.
Menurut Khairy, fenomena sebegitu tidak seharusnya dibiarkan dan pihak terlibat perlu dikenakan tindakan sebagaimana dilakukan di negara lain yang berdepan masalah serupa.
Media baru-baru ini melaporkan terdapat segelintir individu cuba mengaut keuntungan apabila menjual tiket perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) pada harga lebih tinggi berbanding harga asal RM40, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bahau, Kelantan.
Topic Berkaitan
#FAM
#Khairy Jamaluddin
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#tiket
#ulat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan