awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM rekod 18 insiden pergaduhan penyokong bola sepak sejak 2012

Bernama
Bernama
19/03/2014
01:32 MYT
FAM rekod 18 insiden pergaduhan penyokong bola sepak sejak 2012
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merekodkan sebanyak 18 insiden pergaduhan melibatkan penyokong bola sepak sejak tahun 2012.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata berkata di Dewan Rakyat pada Selasa, kesemua kes berkenaan telah pun diambil tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) semasa soal-jawab di Dewan Rakyat Selasa, beliau berkata kementerian memandang serius insiden seumpama itu kerana sukan bola sepak seharusnya menjadi medium perpaduan dalam kalangan rakyat dan bukannya medan persaingan antara samseng bola sepak seperti yang berlaku di Eropah.
"Justeru kempen antikeganasan iaitu 'Love Footbal, Stop Hooliganism' telah dilancarkan oleh timbalan presiden FAM pada 22 Feb lalu yang merupakan kempen berterusan dalam menyedarkan peminat bola sepak agar lebih berhemah dalam memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.
"Selain itu jawatankuasa keselamatan yang ditubuhkan FAM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi meningkatkan kawalan keselamatan sebelum dan selepas perlawanan," katanya.
Khairy berkata kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium turut diperketat dengan menyenaraikan barang larangan, seperti suar dan batang bendera, yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke stadium.
Topic Berkaitan
#FAM
#Kementerian Belia dan Sukan
#Khairy Jamaludin
#pergaduhan
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan