awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM sedia jumpa Tunku Ismail berkaitan isu 'pendrive'

Bernama
Bernama
18/07/2016
23:24 MYT
FAM sedia jumpa Tunku Ismail berkaitan isu 'pendrive'
HAMIDIN: Saya akan cuba hubungi TMJ.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia menghubungi Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan dakwaan penyelewengan dalam persatuan itu.
"Saya akan cuba hubungi TMJ selepas ini," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Beliau berkata demikian pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di sini pada Isnin.
Pada masa sama, Hamidin berkata setiap individu berhak membuat laporan terhadap dakwaan berlakunya penyelewengan dalam persatuan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin mendedahkan beliau memiliki satu pendrive (pemacu pena) yang menyimpan aktiviti dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.
Beliau mendakwa pemacu pena itu menyimpan aktiviti rasuah di FAM yang didakwanya berlarutan sehingga 30 tahun.
Kata Tunku Ismail, pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur.
BACA: TMJ dakwa miliki 'pendrive' aktiviti dalaman FAM
Topic Berkaitan
#FAM
#Hamidin Mohd Amin
#pendrive
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Tunku Mahkota Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan