awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAT bantah penonton Malaysia guna laser (Video)

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2012
15:15 MYT
FAT bantah penonton Malaysia guna laser (Video)
Persekutuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah menghantar bantahan kepada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) mengenai penggunaan laser oleh penyokong tempatan ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 antara pasukan Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.
Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal berpendapat ia adalah hak FAT untuk berbuat demikian.
“Ini adalah hak mereka untuk berbuat demikian,” kata Subahan.
Subahan menambah peminat bolasepak tempatan harus belajar daripada insiden ini kerana ianya telah berulang kali diingatkan dan pelbagai telah pun diambil oleh pihak berkuasa.
“Kita sepatutnya mempunyai semangat kesukanan bukan sahaja di dalam padang malah di luar padang juga. Walaupun laser yang dipancarkan itu tidak begitu menyukarkan pemain tetapi penggunaan laser adalah salah. Inilah kita selalu mengingatkan kepada mereka supaya menyokong pasukan kita dengan cara yang berhemah dan tidak menyusahkan orang lain,” tegur Subahan.
Beliau turut berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh para pemain dalam usaha mempertahankan kejuaraan yang dikecap pada tahun 2010 yang lalu.
“Pemain-pemain begitu berkobar-kobar dan mahu memberikan satu persembahan terbaik untuk layak ke peringkat akhir dan sekaligus mempertahankan kejuaraan,” kata Subahan.
Subahan yakin dengan keupayaan jurulatih negara Datuk K.Rajagobal yang sudah bersedia untuk menggunakan pendekatan terbaik unutk aksi pada Khamis nanti.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Subahan Kamal
#Piala AFF
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan