awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FFF akur tuntutan hak imej Kylian Mbappe

Astro Arena
Astro Arena
20/09/2022
04:23 MYT
FFF akur tuntutan hak imej Kylian Mbappe
Kylian Mbappe. - Foto Instagram Kylian Mbappe
PERANCIS akhirnya terpaksa tunduk dengan tuntutan Kylian Mbappe berhubung hak imej pemain yang menyaksikan Konfederasi Bolasepak Perancis (FFF) meminda perjanjian itu.
Mbappe antara bintang utama Perancis bagi mempromosikan penaja dalam bulan-bulan akan datang, menjelang Piala Dunia Qatar November depan.
Begitupun, penyerang Paris Saint-Germain (PSG) tersebut pada Isnin bertindak memboikot sesi bergambar dengan penaja pasukan kebangsaan.
Bagaimanapun, menurut Presiden FFF Noel Le Graet, kekecohan itu sudah pun diselesaikan.
"FFF berbesar hati untuk mengusahakan perjanjian baru yang akan membolehkannya mengekalkan kepentingannya, sambil mengambil kira kebimbangan dan sabitan sah yang dinyatakan secara sebulat suara oleh barisan pemain," menurut badan induk itu dalam satu kenyataan seperti yang diumumkan Le Graet, di media sosial.
Begitupun, Le Graet menegaskan soal imbuhan Piala Dunia akan kekal sekalipun terdapat tuntutan bahawa ia harus diselesaikan sebelum kempen di Qatar.
"Kesimpulannya kekal: tiada perubahan hingga Piala Dunia, hak sama rata yang sempurna antara semua pemain. Terus terang, tiada masalah besar yang perlu ditangani.
"Sebaliknya, ia diadakan dalam pertemuan yang sangat mesra, pada mulanya dengan dia, kemudian dengan orang lama dalam persekutuan ini, iaitu para pemain," katanya seperti yang dilaporkan RMC Sport.
Topic Berkaitan
#Kylian Mbappe
#PSG
#imej pemain
#piala dunia qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan