awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA sah bakal ambil tindakan terhadap England dan Scotland

Astro Arena
Astro Arena
18/11/2016
03:13 MYT
FIFA sah bakal ambil tindakan terhadap England dan Scotland
England dan Scotland memakai lilitan hitam yang memaparkan bunga poppy sebagai tanda peringatan kepada mereka yang gugur di medan perang. - Foto Reuters
FIFA mengesahkan, England dan Scotland akan dikenakan tindakan susulan mengenakan pemakaian bunga poppy ketika aksi kelayakan Piala Dunia, Jumaat lalu.
Dua negara tersebut memakai lilitan hitam yang memaparkan bunga poppy sebagai tanda peringatan kepada mereka yang gugur di medan perang.
Bagaimanapun, FIFA telah mengenakan peraturan di mana pemain dilarang menampilkan sebarang unsur politik, keagamaan atau kenyataan dalam mana-mana perlawanan.
Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan dalam hampir kesemua laporan media Britain, jurucakap FIFA berkata: "Kami mengesahkan bahawa tindakan disiplin akan dikenakan terhadap kedua-dua pasukan terlibat (England dan Scotland). Kami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut."
Difahamkan, hukuman paling berat yang bakal dihadapi kedua-dua pasukan adalah pemotongan mata dalam saingan Kumpulan F namun media menjangkakan FIFA hanya akan mengenakan pembayaran denda.
Meskipun telah diberikan amaran, Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak England, Martin Glenn menegaskan England akan meneruskan tradisi pemakaian bunga poppy kerana ia adalah prinsip negara itu.
Wales bagaimanapun akur dengan peraturan FIFA dan hanya mengenakan pemakainan lilitan hitam sebagai tanda penghormatan, langkah sama turut diambil Ireland Utara.
Topic Berkaitan
#England
#FIFA
#lilitan bunga poppy
#Scotland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan