awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA tegaskan dasar toleransi sifar selepas perlawanan dihentikan kerana perkauman

Bernama
Bernama
20/06/2023
13:17 MYT
FIFA tegaskan dasar toleransi sifar selepas perlawanan dihentikan kerana perkauman
Jurucakap FIFA berkata: "FIFA sedang menunggu laporan rasmi sebelum memutuskan langkah seterusnya. - Gambar fail/Reuters/Arnd Wiegmann
LONDON: Badan induk bola sepak FIFA akan mengambil pendekatan "toleransi sifar" jika dakwaan perkauman yang menyebabkan pengabaian dua perlawanan persahabatan yang berlangsung pada Isnin terbukti benar, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) .
Perlawanan Republik Ireland bawah 21 tahun menentang Kuwait bawah 22 tahun di Austria dibatalkan selepas dakwaan seorang pemain Kuwait mengeluarkan kenyataan perkauman terhadap seorang pemain gantian Ireland.
Perlawanan antarabangsa pasukan senior antara New Zealand dan Qatar, juga di Austria, dihentikan selepas Persatuan Bola Sepak New Zealand mendakwa seorang pemainnya, Michael Boxall, menerima ejekan perkauman ditujukan kepadanya pada separuh masa pertama oleh pemain Qatar.
Jurucakap FIFA berkata: "FIFA sedang menunggu laporan rasmi sebelum memutuskan langkah seterusnya.
"FIFA mempunyai dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk diskriminasi seperti yang ditekankan minggu lalu oleh presidennya."
Gianni Infantino minggu lalu berkata pengadil harus menghentikan perlawanan jika insiden diskriminasi berlaku.
Infantino membuat kenyataan itu selepas bertemu dengan skuad Brazil di Barcelona, termasuk penyerang Real Madrid Vinicius Junior yang menerima cemuhan perkauman berulang kali di Sepanyol tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIFA
#pemain gantian
#laporan rasmi
#ejekan perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan