awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final Piala FA: Lima kategori tiket akan dijual serendah RM50

Bernama
Bernama
12/07/2023
12:11 MYT
Final Piala FA: Lima kategori tiket akan dijual serendah RM50
Final Piala FA edisi ke-33 itu akan berlangsung di gelanggang tuan rumah JDT, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, pada jam 9 malam. - Foto Facebook MFL
KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan sebanyak lima kategori tiket akan dijual bagi perlawanan akhir Piala FA yang bakal mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC pada 22 Julai ini.
Final Piala FA edisi ke-33 itu akan berlangsung di gelanggang tuan rumah JDT, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, pada jam 9 malam.
Lima kategori tiket itu yang akan diagihkan secara sama rata kepada kedua-dua pasukan adalah General Admission berharga RM50, FA Cup Grandstand (RM100), FA Cup Premium (RM150), MFL Premium (RM150) dan MFL Grandstand (RM200).
"Penetapan harga tiket mengikut kategori ini sama seperti yang telah dilakukan MFL pada perlawanan akhir mana-mana kejohanan Piala FA dan juga Piala Malaysia sebelum ini di mana ia memberikan lebih pilihan buat penyokong untuk hadir ke stadium.
"Istimewa kali ini bagi penyokong yang membeli tiket MFL Grandstand akan menerima barangan eksklusif perlawanan akhir Piala FA 2023," menurut kenyataan MFL, hari ini.
MFL turut menyerahkan sepenuhnya kepada JDT dan KL City dalam menguruskan proses penjualan tiket final Piala FA kepada penyokong masing-masing.
"Pihak JDT dan KL City akan memaklumkan cara penjualan tiket kepada penyokong mereka namun dengan persetujuan bersama kedua-dua pasukan, sekiranya ada pasukan yang gagal menjual kesemua tiket yang diperuntukkan itu, maka baki tiket berkenaan akan dijual kepada umum," menurut MFL.
MFL UMUM HARGA TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2023 Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan harga tiket...
Posted by Malaysian Football League on
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#final piala FA
#lima kategori tiket
#KL City FC
#JDT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan