awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final Piala FA: Terengganu isytihar cuti peristiwa 11 Sept

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
28/08/2022
01:50 MYT
Final Piala FA: Terengganu isytihar cuti peristiwa 11 Sept
Ahmad Samsuri berkata, penyokong Terengganu FC dapat mengutamakan keselamatan diri dan tidak terlibat dengan sebarang insiden yang tidak sepatutnya. - Facebook
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengisytiharkan 11 September depan sebagai cuti peristiwa susulan kejayaan pasukan bola sepak Terengganu FC melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2022 pada 10 September.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata langkah yang dilakukan itu bagi memberi keselesaan perjalanan pulang dan memastikan penyokong Terengganu tidak terburu-buru di atas jalan raya.
Jelasnya, dengan itu mereka dapat menyusun atur masa perjalanan pulang dengan baik tanpa perlu tergesa-gesa kerana ruang masa yang ada masih panjang.
"Jadi kita harap para penyokong Terengganu FC dapat mengutamakan keselamatan diri dan tidak terlibat dengan sebarang insiden yang tidak sepatutnya.
"Selain itu mereka perlumenunjukkan akhlak dan adab yang baik sebagai rakyat Terengganu ketika menyaksikan perlawanan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Samsuri berharap para pemain dapat memberikan fokus yang maksima dan mempersembahkan aksi yang terbaik sekaligus merealisasikan harapan kita untuk membawa pulang Piala FA diiringi ribuan penyokong ke Terengganu.
Terdahulu pasukan Terengganu FC mengesahankan slot ke pentas final Piala FA 2022 selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.
Dengan kemenangan itu, TFC yang dibimbing Ketua Jurulatih Nafuzi Zain akan berdepan dengan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Terengganu FC
#cuti peristiwa
#Piala FA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan