awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FINAL PIALA MALAYSIA: Penyokong JDT dan Pahang buat jenaka tiket di WhatsApp

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
31/10/2014
12:19 MYT
FINAL PIALA MALAYSIA: Penyokong JDT dan Pahang buat jenaka tiket di WhatsApp
FINAL PIALA MALAYSIA: Penyokong JDT dan Pahang buat jenaka tiket di WhatsApp - Gambar fail
Kerana terdesak untuk mendapatkan tiket, penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Pahang kini dilihat menggunakan apa sahaja cara untuk mendapatkan tiket menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu.
Selain kemunculan 'ulat tiket' yang semakin berani menjual tiket dengan harga di luar kemampuan penyokong di laman sosial terutama Facebook dan Twitter, ada juga yang mengambil kesempatan menjual dengan menawarkan harga yang sedikit tinggi di sistem pesanan WhatsApp.
Kerana tidak mahu terlepas memiliki tiket, ada juga penyokong Pahang yang sanggup tidur di hadapan kaunter tiket di Stadium Darul Makmur semata-mata untuk tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan tiket bagi menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi.
Tiket sebenar perlawanan akhir Piala Malaysia JDT menentang Pahang pada Sabtu - Gambar Astro AWANI
Di laman Twitter juga, penyokong kedua-dua pasukan 'bergaduh' dengan menggunakan beberapa hashtag termasuk #finalpialamalaysia untuk menunjukkan sokongan mereka dengan cara yang tersendiri.
Syukur Alhamdullilah. #FinalPialaMalaysia pic.twitter.com/HfLkV1Abua
— JDT Cyber Fan Club (@KelabSiberJohor) October 25, 2014
Mari kita nyanyi lirik lagu ni sama2/::D #finalpialamalaysia pic.twitter.com/hSdsq4fgic
— BH098A050 (@afiq_aiman7) October 31, 2014
Hok beratur beli tiket panjang ni...yang selesa geng kroni #FinalPialaMalaysia pic.twitter.com/mAmEKscEPY
— MohdZulkiflieManaf (@Mohdpiejo) October 30, 2014
Bagaimanapun, kurang 24 jam sebelum sepak mula dan tiket-tiket semakin terhad, beberapa penyokong kedua-dua pasukan mula membuat provokasi dengan menunjukkan gambar tiket perlawanan akhir yang diubahsuai.
Bagaimanapun kebanyakan daripada mereka cuma berniat untuk berlawak dan bergelak ketawa bersama kawan-kawan di dalam kumpulan WhatsApp mereka.
Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia JDT menentang Pahang yang menjadi bahan jenaka dan tersebar di beberapa kumpulan WhatsApp - Gambar Astro AWANI
Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia JDT menentang Pahang yang menjadi bahan jenaka dan tersebar di beberapa kumpulan WhatsApp - Gambar Astro AWANI
Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia JDT menentang Pahang yang menjadi bahan jenaka dan tersebar di beberapa kumpulan WhatsApp - Gambar Astro AWANI
JDT mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Felda United dengan agregat 6-5 sementara Pahang menewaskan Kedah dengan agregat 6-3.
Topic Berkaitan
#Facebook
#final
#JDT
#Pahang
#stadium
#tiket
#Twitter
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan