awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

George Weah turun lawan Nigeria pada usia 51 tahun

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
12/09/2018
06:00 MYT
George Weah turun lawan Nigeria pada usia 51 tahun
George Weah mengangkat sumpah sebagai Presiden Liberia pada 22 Januari tahun ini. - Gambar fail.
Pada usia 51 tahun, Presiden Liberia, George Weah beraksi dalam satu perlawanan persahabatan bola sepak menentang Nigeria pada Selasa.
Bekas pemain Chelsea dan Manchester City itu merupakan satu-satunya pemain Afrika yang pernah memenangi gelaran pemain terbaik FIFA yang dianugerahkan pada 1995.
Perlawanan tersebut dianjurkan sempena memberi penghormatan kepada Weah, untuk menamatkan jersi bernombor 14 yang pernah disarung bekas pemain terbaik dunia itu.
Penamatan penggunaan nombor 14 itu diadakan bagi menghargai sumbangannya kepada Liberia.
Weah yang kelihatan masih cergas, beraksi selama 79 minit namun nasib tidak menyebelahi pasukan Liberia apabila tewas 2-1 kepada Nigeria.
View this post on Instagram
President Weah during the game! Lets go, Prezzo!
A post shared by The Liberian Influence (@theliberianinfluence) on
Sep 11, 2018 at 1:43pm PDT
Dalam perlawanan itu, Nigeria membariskan kesebelasan terkuatnya termasuk Wilfred Ndidi dari Leicester City dan Peter Etebo dari Stoke City.
Beraksi sebagai penyerang, Weah mengangkat sumpah sebagai Presiden Liberia pada 22 Januari tahun ini selepas memenangi pilihan raya pada 2017 bersama parti CDC.
Selain Chelsea, beliau pernah beraksi untuk Paris St. Germain (PSG) dan juga AC Milan di Eropah.
Topic Berkaitan
#AC Milan
#Afrika
#CDC
#Chelsea
#FIFA
#George Weah
#Liberia
#Nigeria
#PSG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan