awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golf EurAsia Cup 2018: Asia vs Eropah, juara milik siapa?

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
11/01/2018
09:49 MYT
Golf EurAsia Cup 2018: Asia vs Eropah, juara milik siapa?
Ketua pasukan Eropah, Thomas Bjorn & ketua pasukan Asia, Arjun Atwal bersedia untuk mengharungi edisi ketiga EurAsia Cup 2018.
Perebutan mahkota golf antara benua melibatkan Asia dan Eropah akan bermula esok dalam edisi ketiga EurAsia Cup 2018.
Kejohanan akan diadakan di Kelab Golf dan Country Glenmarie menampilkan 24 perlawanan (satu perlawanan fourball, enam foursome dan 12 perseorangan).
Petang tadi, sesi pengenalan pemain dan pengumuman perlawanan diadakan di sebuah hotel Glenmarie, Shah Alam yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Pasukan Eropah yang diketuai Thomas Bjorn turun dengan misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2016 dengan keputusan 18 1/2 - 15 1/2.
Edisi pertama pada 2014 pula menyaksikan kejuaraan dikongsi apabila permainan terikat 10-10.
Pasukan Asia diketuai Arjun Atwal dengan pemain nombor satu Asia negara, Gavin Green dan Nicholas Fung membairisi pasukan Asia.
Arjun yakin kesemua dua belas pemain pasukan Asia mampu untuk mencapai kemenangan kerana mempunyai mentaliti seorang juara.
Bjorn juga mengakui gandingan pemain Asia kali ini adalah mantap selain suasana di kem Asia sangat baik sekali.
Berikut senarai pemain-pemain yang akan beraksi dalam EurAsia 2018:
Pasukan Asia Gavin Green, Nicholas Fung, Yuta Ikeda, Hideto Tanihara, Li Haotong, Anirban Lahiri, S.S.P. Chawrasia, Poom Saksansin, Kiradech Aphibarnrat, Phachara Khongwatmai, Byeonghun An and Sunghoon Kang
Pasukan Eropah Rafa Cabrera Bello, Paul Casey, Paul Dunne, Ross Fisher, Matthew Fitzpatrick, Tommy Fleetwood, Tyrrell Hatton, Alex Levy, Alex Noren, Thomas Pieters, Henrik Stenson and Bernd Wiesberger.
Topic Berkaitan
#Arjun Atwal
#EurAsia Cup
#Gavin Green
#Glenmarie
#golf
#Khairy Jamaluddin
#Nicholas Fung
#Thomas Bjorn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan