awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Doodle raikan hari pembukaan Sukan Olimpik 2024

Amanz
Amanz
29/07/2024
01:00 MYT
Google Doodle raikan hari pembukaan Sukan Olimpik 2024
Corak Google Doodle memperlihatkan watak animasi beberapa ekor haiwan yang sedang terapung di atas sebatang sungai. - Foto Amanz
ENJIN carian popular dunia Google kali ini hadir dengan corak visual yang menarik bertujuan meraikan salah satu acara sukan olahraga terbesar di dunia, iaitu Olimpik Paris 2024.
Google Doodle pada Ahad bukan sekadar logo statik tetapi turut hadir dengan paparan GIF yang bergerak-gerak.
Coraknya pula memperlihatkan watak animasi beberapa ekor haiwan yang sedang terapung di atas sebatang sungai.
Ini selari dengan pembukaan acara dan majlis perasmian yang berlangsung di sepanjang Sungai Seine di Paris dengan melibatkan perarakan besar atlet dari lebih 200 negara.
Apabila di klik pada Google Doodle berkenaan, anda akan dibawa ke halaman hasil carian mengenai Sukan Olimpik Paris 2024.
Majlis perasmian Olimpik Paris 2024 berlangsung pada Sabtu, buat pertama kali berlangsung di sungai dan bukannya di litar balapan stadium seperti kebiasaannya.
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Google
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Google Doodle
#olahraga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan