awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna pengangkutan awam ke penutup Sukan SEA esok

Bernama
Bernama
29/08/2017
15:34 MYT
Guna pengangkutan awam ke penutup Sukan SEA esok
Hanya penonton yang mempunyai tiket sah, kad jemputan dan pas akreditasi dengan pelekat khas sahaja yang dibenarkan masuk ke stadium. - Gambar fail
Orang ramai diminta menggunakan pengangkutan awam untuk ke upacara penutup Sukan SEA Ke-29 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, esok.
Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dalam kenyataan hari ini berkata stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang terdekat ialah LRT Bukit Jalil dengan pengguna disaran menggunakan kad Touch 'n Go untuk pembelian tiket bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan selepas upacara itu tamat.
"Waktu operasi LRT Laluan Sri Petaling di Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga 2 pagi pada 31 Ogos ini.
MASOC juga berkata hanya penonton yang mempunyai tiket sah, kad jemputan dan pas akreditasi dengan pelekat khas sahaja yang dibenarkan masuk ke stadium.
"Pemegang tiket diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan masuk semula ke dalam stadium sekiranya mereka keluar stadium," kata MASOC.
Orang ramai yang tidak berkesempatan menyaksikan upacara penutup itu boleh menontonnya secara langsung menerusi YouTube di Kuala Lumpur 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BangkitBersama
#Bukit Jalil
#KL2017
#Kuala Lumpur
#LRT
#Sukan SEA
#SukanSEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan