awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah Yeoh akan bertemu Zii Jia

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
12/03/2023
09:12 MYT
Hannah Yeoh akan bertemu Zii Jia
Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia apabila pemain badminton perseorangan lelaki negara itu pulang. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dalam pada itu, Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia apabila pemain badminton perseorangan lelaki negara itu pulang ke tanah air nanti.
Ia susulan prestasi tidak menentu pemain nombor empat dunia itu sejak kebelakangan ini.
"Saya akan bertemu Zii Jia apabila beliau kembali, kami akan mengadakan perbincangan, untuk membantu beliau memberi tumpuan kepada apa yang akan datang.
"Kami mahu Zii Jia menyumbang kepada Road to Gold, kami percaya beliau berpotensi, kami hanya mahu bersamanya, membantunya.
"Seperti yang saya katakan, ini adalah projek nasional jadi saya harap dalam perbincangan nanti semua pihak akan meletakkan kepentingan Malaysia, mendahului kepentingan individu," katanya dalam sidang media pelancaran Road to Gold di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Ahad.
Zii Jia tewas kepada pemain nombor 49 dunia dari Taiwan, Lee Chia-Hao dalam pusingan kedua Terbuka Jerman pada Khamis. Ia adalah kali pertama dia tewas kepada pemain di luar senarai 40 terbaik dalam tempoh empat tahun.
Dia kemudiannya memuat naik hantaran di InstaStory berbunyi "Saya sudah selesai", sehari selepas itu.
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#Lee Zii Jia
#Road to Gold
#pemain badminton perseorangan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan