awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
Delegasi Hamas bincang situasi Gaza, Baitulmaqdis dengan Presiden Turkiye Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya asah 'taring' di Jepun

Zulhelmi Zainal Azam
Zulhelmi Zainal Azam
11/07/2013
10:00 MYT
Harimau Malaya asah 'taring' di Jepun
Skuad Harimau Malaya akan berangkat ke Tokyo Jepun pada 23 Julai bagi menjalani siri perlawanan persahabatan di negara itu sebagai persiapan menghadapi kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain, Oktober nanti.
Menurut pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal kunjungan selama 10 hari itu dibuat selepas mendapat pelawaan Persatuan Bola Sepak Jepun.
"Kita akan bertemu Shimizu S-Pulse pada 25 Julai dan diikuti Shonan Bellmare dengan kedua-dua pasukan itu adalah kelab utama Liga J. Kami akan akhiri dengan perlawanan menentang Tokyo Verdy pada 31 Julai." katanya dalam satu sidang media di Stadium Shah Alam, pada Khamis.
Tambah Subahan, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu juga akan mengadakan pertemuan dengan kelab Thailand, Chonburi FC, 16 Julai ini.
Katanya, perlawanan itu sebagai persediaan berdepan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris Chelsea di Stadium Shah Alam, lima hari kemudian.
Skuad negara akan mengakhiri persiapan berdepan Bahrain dengan menentang kelab La Liga Sepanyol, Barcelona 10 Ogos depan.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#persatuan bola sepak jepun
#Subahan Kamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan