awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
Delegasi Hamas bincang situasi Gaza, Baitulmaqdis dengan Presiden Turkiye Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2023
22:50 MYT
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
Muhamad Akhyar Abdul Rashid meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 antara pasukan Harimau Malaya menentang pasukan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu. - Foto fail/BERNAMA
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Menurut pengiraan laman Footy Rankings, skuad negara akan memperolehi 5.27 mata selepas kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan dan 4.85 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong.
Ia sekali gus menyaksikan Malaysia akan melonjak ke kedudukan ke-138 dengan mengumpul 1,082.13 mata dengan kemas kini rasmi hanya akan dilakukan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 6 April depan.
Mengikut kemaskini terakhir ranking FIFA pada 22 Disember tahun lalu, Malaysia berada di ranking ke-145 dunia dengan 1066.60 mata dan belum dicampur dengan kiraan mata ketika aksi Piala AFF 2022.
Untuk rekod, ranking terbaik yang pernah diraih skuad negara adalah di kedudukan ke-75 manakala ranking terburuk adalah di kedudukan ke-178 dunia.
Kedudukan ke-138 dunia itu bakal menyamai kedudukan terbaik skuad kebangaan pada 2011 selelas memenangi Piala AFF 2010 di mana Malaysia pernah berada di kedudukan itu sebelum mengalami kejatuhan ke tangga ke-178 pada tahun 2018. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#FIFA
#bola sepak
#Piala AFF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan