awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Muda mengamuk 10 minit terakhir

Astro Arena
Astro Arena
18/09/2014
02:25 MYT
Harimau Muda mengamuk 10 minit terakhir
Harimau Muda mengamuk 10 minit terakhir
Harapan Laos untuk mencari gol penyamaan tidak kesampaian, sebaliknya menyaksikan amukan skuad Harimau Muda pada 10 minit terakhir apabila melakukan 3 lagi jaringan untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 4-0.
Dalam aksi kedua kumpulan A, Sukan Asia 2014 itu, Malaysia meraih jaringan awal menerusi Aidil Zafuan Abdul Radzak pada minit ke-12, sebelum permainan kembali seimbang dengan menyaksikan Laos turut melancarkan beberapa serangan.
Bagaimanapun, skuad negara terus mara dan mempamerkan rentak lebih menarik di penghujung permainan, sekaligus menebus kembali beberapa peluang yang dipersia-siakan.
Mohd Nor Farhan Muhammad menemui gol dengan hanya perlu menyentuh mudah bola hantaran rakan di minit ke-76.
Empat minit kemudian (M79), Mohd Fandi Othman tampil mengelirukan dua pertahanan lawan sebelum melakukan rembatan rendah.
Amukan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee tidak terhenti disitu, malah mereka seperti mendapat moral yang tinggi dan suntikan semangat.
Di minit ke-82, Muhammad Ferris Nasir membuat larian menarik bagi mendapatkan hantaran jauh daripada rakan. Sentuhan pertama dan kawalan bolanya nyata kemas, sebelum dia melakukan rembatan deras untuk menewaskan penjaga gol lawan.
Ia adalah kemenangan pertama skuad bawah-23 tahun negara selepas tewas 3-0 kepada Korea Selatan dalam perlawanan pertama.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#harimau muda
#laos
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan