awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hatrik Ifedayo suntik semula semangat Selangor

Astro Arena
Astro Arena
10/04/2021
20:56 MYT
Hatrik Ifedayo suntik semula semangat Selangor
Ifedayo Olusegun menghidupkan semula semangat Selangor ketika membantu pasukan merakamkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Perak dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ, malam tadi. -Astro Arena
PETALING JAYA: Ifedayo Olusegun menghidupkan semula semangat Selangor ketika membantu pasukan merakamkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Perak dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ, malam tadi.
Selangor melewati situasi sukar apabila tewas 2-1 kepada Kedah dalam aksi terdahulu, bertemu Perak, yang meraih kemenangan 3-2 ke atas UiTM.
Skuad kendalian Karsten Neitzel itu memulakan permainan dengan cemerlang apabila berjaya mendahului saingan awal minit kelapan perlawanan, gerakan Jordan Ayembila daripada sayap kiri berjaya mencari Ifedayo untuk menampan masuk mudah bola menembusi gawang.
Selangor terus melakar usaha mencari jaringan tambahan, Oliver Buff yang dijatuhkan pemain Perak pada minit ke-31, Ifedayo sekali lagi bertindak selaku penjaring menerusi sepakan penalti.
Ifedayo melengkapkan hatriknya dalam separuh masa kedua, menerusi sepakan sudut yang diambil Mukhairi Ajmal, berjaya ditanduk Brendan Gan sebelum disambar Ifedayo pada minit ke-71.
Perak memperoleh jaringan saguhati dalam masa kecederaan, hantaran silang bekas penyerang Selangor, Guilherme de Paula berjaya disudahkan oleh Farid Khazali namun sudah terlewat bagi mencari peluang menyamakan kedudukan.
Sumber Facebook selangorfc
Keputusan lain:
JDT 3 PJ City 0
KL City 2 SRI PAHANG 1
UITM 0 MELAKA UNITED 3
Liga Perdana
SARAWAK UNITED 7 Skuad Projek FAM-MSN 1
Topic Berkaitan
#Ifedayo Olusegun
#Liga Super
#Karsten Neitzel
#Jordan Ayembila
#Oliver Buff
#sepakan penalti
#brendan gan
#Farid Khazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan