awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki: Pemergian 'Pak Ya' kehilangan besar buat negara

Bernama
Bernama
28/02/2022
23:32 MYT
Hoki: Pemergian 'Pak Ya' kehilangan besar buat negara
Jenazah Allahyarham Yahya selamat dikebumikan pada 10.15 pagi di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudah, Taman Mount Austin, Johor Bahru, 28 Feb 2022. --fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Pemergian bekas Ketua Jurulatih skuad hoki lelaki dan wanita kebangsaan Yahya Atan atau lebih dikenali sebagai 'Pak Ya', bukan sahaja kehilangan buat keluarga, tetapi juga kepada negara.
Mohammad Nazrin berkata bapanya itu bukan sahaja merupakan jurulatih, tetapi juga boleh dianggap sebagai guru.
"Saya ingin ucap jutaan terima kasih kepada kawan-kawan, anak murid, pemain hoki dan lain-lain kerana mendoakan kesejahteraan ayah saya.
"Memang (pemergian beliau) saya rasa satu kehilangan besar dalam hidup saya dan keluarga, bahkan orang ramai juga kerana beliau bukan sahaja jurulatih tetapi juga guru," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas selesai pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudah, Taman Mount Austin, di sini semalam.
Yahya, 67, pernah bertanding di Sukan Olimpik Los Angeles 1984 dengan pasukan kebangsaan mengakhiri saingan pada kedudukan ke-11.
Allahyarham yang berasal dari Kampung Melayu Majidee, meninggalkan isteri Tupiah Robin, 66, dengan empat anak dan enam orang cucu.
BACA: Bekas ketua jurulatih hoki kebangsaan Yahya Atan meninggal dunia
Sementara itu, Mohammad Nazrin yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu berkata Allahyarham bapanya itu meninggal dunia akibat pendarahan di kepala susulan diserang strok Khamis lepas (24 Feb).
Beliau yang juga guru jurulatih hoki di sekolah sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za'ba di Kuala Pilah itu, berkata bapanya itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 petang Ahad.
Beliau berkata keadaan kesihatan Allahyarham sebelum ini adalah baik, namun diserang strok buat kali pertama pada Disember lepas serta telah pulih dan kembali diserang strok pada Khamis.
Muhammad Nazrin pada masa sama berharap agar segala ilmu yang dicurahkan bapanya itu kepada anak didik dan orang ramai, dapat memberi syafaat kepadanya di akhirat kelak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yahya Atan
#hoki
#meninggal dunia
#jurulatih hoki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan