awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Impian kanak-kanak Torres tercapai

Astro Arena
Astro Arena
17/05/2018
03:31 MYT
Impian kanak-kanak Torres tercapai
Liga Europa ialah trofi pertama dimenangi Fernando Torres semasa bersama Atletico Madrid. - Foto Astro ARENA
FERNANDO Torres berkata kemenangan Atletico Madrid dalam final Liga Europa awal pagi tadi merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya.
Atleti menang 3-0 ke atas Marseille di Lyon untuk memenangi trofi keenam di bawah Diego Simeone.
Bagaimanapun, ia merupakan kejuaraan pertama Torres bersama kelab itu sungguhpun telah menghabiskan 11 musim sebagai pemain Rojiblancos.
Hampir pasti menjadi penampilan terakhirnya untuk Atleti apabila dia bersedia untuk berhijrah pada akhir musim ini, bekas penyerang Liverpool dan Chelsea itu masuk menggantikan wira dua gol, Antoine Griezmann, pada minit ke-90.
"Memenangi kejuaraan bersama Atletico merupakan impian sejak kanak-kanak dan ia menjadi kenyataan," katanya.
"Sebagai sebahagian daripada kumpulan ini, ia sangat mengagumkan. Ini hanya permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.
"Bagi saya, ini adalah penghujung yang hebat, saya akan sentiasa berterima kasih kepada pasukan ini."
Ketua pasukan, Gabi, selaku penjaring gol ketiga, menegaskan Torres berhak mendapat penghormatan lebih daripada itu.
"Gelaran ini membawa makna besar," katanya. "Torres lebih berhak berbanding pemain lain -- tidak ada cara yang lebih baik untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Atleti."
Topic Berkaitan
#Atletico Madrid
#bola sepak
#Fernando Torres
#Gabi
#Liga Europa
#Marseille
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan