awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iniesta ucap selamat tinggal

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2018
06:02 MYT
Iniesta ucap selamat tinggal
ndres Iniesta dilambung rakan sepasukan selepas perlawanan menentang Real Sociedad pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium Camp Nou, awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian
ANDRES Iniesta mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona awal pagi tadi sekali gus mengakhiri karier 22 tahun bersama kelab itu.
Iniesta dilihat tidak dapat mengawal perasaannya ketika menyampaikan ucapan perpisahan di Camp Nou selepas bermain buat kali terakhir untuk Barcelona.
Juara La Liga, Barca, menamatkan musim mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad hasil jaringan Philippe Coutinho.
Pemain tengah berusia 34 tahun itu, yang dilaporkan akan berhijrah ke Jepun, menutup tirai kariernya di Barcelona pada minit ke-81 ketika dia meninggalkan padang untuk menerima tepukan hormat dan menyerahkan lilitan kapten kepada Lionel Messi.
Selepas perlawanan itu, pemain Barca kembali ke padang dengan memakai jersi tertulis nama Iniesta untuk meraikan perpisahan itu termasuk kemenangan La Liga serta Copa del Rey.
“Hari ini adalah hari yang sukar tetapi ia menjadi 22 tahun yang luar biasa. Ia satu kebanggaan dan kegembiraan dapat mempertahankan dan mewakili lencana ini.
“Bagi saya, Barca adalah pasukan terbaik di dunia. Terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya.
"Saya akan merindui kamu semua. Terima kasih kepada peminat kerana kecintaan kamu dan segala yang kamu lakukan," kata Iniesta yang membuat kemunculan sulungnya pada 2002.
Topic Berkaitan
#Andres Iniesta
#Barca
#barcelona
#Camp Nou
#Copa del Rey
#Jepun
#Lionel Messi
#Philippe Coutinho
#Real Sociedad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan