awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inter gagal saingi Barcelona - Icardi

Astro Arena
Astro Arena
25/10/2018
04:29 MYT
Inter gagal saingi Barcelona - Icardi
Messi mengalami kecederaan sehingga terlepas kemenangan 2-0 ke atas Inter dalam aksi Kumpulan B di Nou Camp, awal pagi tadi. - Gambar fail
MAURO Icardi berkata Inter tidak berada di tahap terbaik ketika mengalami kekalahan dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) kepada Barcelona dalam ketiadaan Lionel Messi.
Messi mengalami kecederaan sehingga terlepas kemenangan 2-0 ke atas Inter dalam aksi Kumpulan B di Nou Camp, awal pagi tadi.
Icardi dan Inter dilihat mahu mengambil kelebihan ketika ketiadaan Messi tetapi pulang dengan tangan kosong apabila Rafinha dan Jordi Alba meledak gol kemenangan.
"Saya berasakan Inter gagal mempamerkan aksi cemerlang dalam babak pertama. Kami membuka terlalu banyak ruang dan membenarkan lawan untuk mencipta jaringan," katanya.
"Dalam separuh masa kedua, kami memperbaiki strategi dan memaksa Barcelona bergelut. Tetapi Inter gagal menggunakan peluang menyudahkan percubaan ketika menyerang.
"Saya tidak gembira dengan keputusan ini tetapi kami perlu meningkatkan lagi persembahan untuk aksi di San Siro bagi mengutip mata dan mara ke pusingan seterusnya.
"Kami menyedari kami berdepan kelab bertaraf juara dunia dan memenangi banyak gelaran. Jika anda membenarkan mereka menjaringkan gol, sukar untuk kekal bersaing," ujarnya.
Kekalahan itu mengakhiri permulaan cemerlang Inter dalam Kumpulan B, dengan skuad kendalian Luciano Spalletti itu ketinggalan tiga mata di belakang Barcelona sebelum menghadapi aksi seterusnya di San Siro pada 6 November ini.
Topic Berkaitan
#barcelona
#bola sepak
#gol
#Liga Juara-Juara
#Lionel Messi
#Mauro Icardi
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan