awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IOC tolak desakan larang AS sertai Sukan Milan susulan isu Venezuela

Bernama
Bernama
12/01/2026
20:15 MYT
IOC tolak desakan larang AS sertai Sukan Milan susulan isu Venezuela
IOC tidak boleh melibatkan diri secara langsung dalam hal politik atau konflik antara negara kerana ia berada di luar bidang kuasa. - Gambar fail/Astro AWANI
BERLIN: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak desakan agar Amerika Syarikat (AS) dilarang menyertai Sukan Musim Sejuk Milan/Cortina bulan depan susulan operasi ketenteraan negara itu di Venezuela, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ringkasan AI
  • IOC menolak desakan untuk menghalang AS menyertai Sukan Musim Sejuk susulan operasi tentera di Venezuela, menyatakan bahawa ia tidak campur tangan dalam isu politik antara negara.
  • Tindakan tentera AS di Caracas yang menahan Nicolas Maduro telah menimbulkan desakan terhadap IOC untuk mengenakan sekatan terhadap AS, seperti yang dilakukan terhadap atlet Rusia ekoran perang Ukraine.
  • Seperti dalam Sukan Olimpik Paris 2024, atlet dari Rusia dan Belarus hanya dibenarkan bertanding di bawah bendera neutral tanpa lagu kebangsaan; pasukan Rusia dan Belarus tidak dibenarkan bertanding sama sekali dalam beberapa sukan.

"IOC tidak boleh melibatkan diri secara langsung dalam hal politik atau konflik antara negara kerana ia berada di luar bidang kuasa kami," kata badan pengelola itu kepada dpa pada Isnin.
"Ini adalah urusan politik. Peranan kami adalah memastikan atlet dapat mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik, tanpa mengira dari negara mana mereka datang," menurut kenyataan itu.
Tentera AS melancarkan serangan ke atas beberapa sasaran di Caracas pada awal Januari dan menahan Nicolas Maduro, yang kemudiannya dibawa ke AS untuk menghadapi pertuduhan berkaitan dadah.
Tindakan tersebut mencetuskan gesaan daripada beberapa pihak agar IOC mengenakan sekatan terhadap AS sepertimana tindakan terhadap atlet Rusia ekoran perang Rusia-Ukraine.
Seperti pada Sukan Olimpik Paris 2024, atlet dari Rusia dan Belarus hanya dibenarkan bertanding di bawah bendera neutral dan tanpa lagu kebangsaan, tertakluk kepada kelulusan persekutuan sukan dunia yang berkaitan.
Pasukan Rusia dan Belarus termasuk dalam sukan hoki ais, tidak dibenarkan bertanding sama sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Dadah
#operasi ketenteraan
#hal politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan