awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Irmohizam dilantik Presiden MGJA pertama

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/02/2022
09:34 MYT
Irmohizam dilantik Presiden MGJA pertama
Pemilihan Irmohizam itu dicapai sebulat suara oleh perwakilan dalam Mesyuarat Agung MGJA yang pertama bagi sesi 2022-2025, semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dipilih sebagai Presiden Persatuan Golf Junior Malaysia (MGJA) yang pertama untuk tiga tahun bagi sesi 2022-2025.
Keputusan pelantikan itu dibuat sebulat suara pada Mesyuarat Agung MGJA yang julung kalinya diadakan di ibu negara semalam.
MGJA memberitahu, banyak idea dan gerak kerja dalam memastikan persatuan tersebut berjalan lancar adalah menerusi dorongan Irmohizam sendiri.
“Anak muda harus melihat sukan golf sebagai cabaran yang boleh membawa mereka hingga ke tahap profesional. Di samping itu ia juga sebagai satu kerjaya profesional di Malaysia dan menerusi platform latihan yang disediakan, didorong pula minat dan bakat.
“MGJA bakal memberikan peluang yang besar kepada golongan muda. Terutamanya di peringkat sekolah dan institusi pendidikan tinggi Malaysia. Ini dalam melebarkan ruang ekonomi baharu Malaysia melalui sukan golf ini,” katanya dalam kenyataan.
MGJA yang ditubuhkan pada 14 Februari lalu sangat menekankan objektif penubuhannya, antaranya ialah mempromosikan sukan golf kepada anak muda dan mencungkil serta mengasah bakat mereka hingga ke peringkat antarabangsa melalui kerjasama latihan dengan institusi pengajian awam serta swasta
Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Tertinggi MGJA bagi sesi 2022-2025:
Presiden: Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim
Timbalan Presiden: Mohd Zurie Harun
Setiausaha Agung: Shaiful Azwandy Ishak
Penolong Setiausaha Agung: Abdul Qayyum Hamzah
Bendahari: Noor Ezam Mohd Piia Mohamed Pee
Ahli Jawatankuasa MGJA:
- Azmi Rashid
- Mohd Azmi Mahmud
- Mukhtar Alwi
- Masrol Zainal Abidin
- Muhammad Adam Shafiq Sazali
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Irmohizam Ibrahim
#Persatuan Golf Junior Malaysia
#MGJA
#Presiden MGJA
#WTCKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan