awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri ucap tahniah kepada skuad dodgeball lelaki negara

Bernama
Bernama
06/09/2022
22:00 MYT
Ismail Sabri ucap tahniah kepada skuad dodgeball lelaki negara
Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Komuniti Saville, Edmonton itu, skuad lelaki negara mencipta sensasi apabila mengungguli kejohanan dengan menewaskan pihak lawan 10-5. - Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada skuad dodgeball lelaki negara atas kejayaan menjuarai Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Kanada, pada Isnin.
Beliau berkata pencapaian itu adalah hadiah bermakna buat Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lepas serta Hari Malaysia yang akan diraikan tidak lama lagi.
"Semoga kejayaan ini dapat membakar semangat semua atlet negara untuk beraksi cemerlang dalam kejohanan sukan masing-masing," menurut Ismail Sabri dalam perkongsian di Facebooknya semalam.
Perdana Menteri turut mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad dodgeball negara dalam kejohanan yang seterusnya.
Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Komuniti Saville, Edmonton itu skuad lelaki negara yang berada pada ranking pertama dunia mencipta sensasi apabila mengungguli kejohanan tersebut dengan menewaskan pihak lawan 10-5 sekali gus mengulangi kejayaan pada edisi 2017 dan 2018.
Skuad lelaki sebelum ini bergelar naib juara di Cancun, Mexico pada 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#dodgeball lelaki
#Kejohanan Dodgeball Dunia 2022
#Kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan