awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tunggakan gaji, dua pemain import Brazil sah tinggalkan Perak FC

Bernama
Bernama
10/08/2021
05:59 MYT
Isu tunggakan gaji, dua pemain import  Brazil sah tinggalkan Perak FC
Dilaporkan Leandro dan Rainderson telah meninggalkan pasukan itu melalui surat penamatan kontrak yang dihantar kepada pihak pengurusan kelab pada 26 Julai lalu.- Gambar fail
IPOH: Usaha Perak FC untuk mendapatkan kembali khidmat dua pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos dan Rainderson Da Costa bagi mengharungi baki saingan Liga Super pada musim ini, tidak kesampaian apabila kedua-dua pemain nekad meninggalkan pasukan itu.
Pengurus Besarnya Azman Noh berkata rundingan telah diadakan dengan kedua-dua pemain itu namun persetujuan gagal dicapai ekoran tunggakan gaji selama tiga bulan yang masih belum dilunaskan oleh pihak Perak FC.
"Pada mulanya, kita ingatkan punca mereka tarik diri disebabkan isu visa ahli keluarga mereka yang tidak diperbaharui dan tertangguh sejak enam atau tujuh bulan lepas. Bila perkara itu telah diselesaikan oleh pihak Perak FC, kita ingatkan mereka bersetujulah untuk kembali pada pasukan.
"Namun rupanya, mereka tetap tidak mahu kembali. Alasan yang diberi adalah mereka sedang menunggu keputusan peguam mereka di United Kingdom untuk meneruskan saman terhadap kelab disebabkan tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini, Ketua Jurulatih Perak FC Chong Yee Fat dilaporkan berkata dua pemain tengah, Leandro dan Rainderson telah meninggalkan pasukan itu melalui surat penamatan kontrak yang dihantar kepada pihak pengurusan kelab pada 26 Julai lalu.
Bagaimanapun dengan kemerosotan aksi Perak FC dalam saingan liga, pihak pengurusan kelab berjanji untuk berusaha memujuk kedua-dua pemain berkenaan kembali ke pangkuan pasukan.
Selain itu, Azman berkata pada ketika ini beliau sangat kecewa dengan kelibat empat daripada lima pemain import yang ditandatangani kelab memandangkan mereka tidak memberi sebarang nilai tambah dan hanya menjadi 'penumpang' dalam pasukan.
"Kita menghadapi masalah daripada sudut karenah dan sikap pemain itu sendiri terutama dua pemain dari Lubnan Jad Noureddine dan Samir Ayass. Asalnya kita minta mereka beraksi dengan Perak FC II untuk tengok aksi mereka, tapi mereka berkeras tidak mahu untuk ikut latihan dan bagi alasan cedera.
"Lagi dua pemain import, Zoubairou Garba (Cameroon) dan Ghislain Guessan (Ivory Coast) langsung tiada kualiti. Aksi mereka lebih teruk dan tidak setanding dengan pemain tempatan termasuk yang berada dalam pasukan Perak FC II," katanya sambil menambah beliau tidak terlibat dalam pengambilan pemain import berkenaan.
Dalam pada itu, katanya nasib Perak FC juga terus dirundung malang apabila tiga pemain tempatan yang ditandatangani sebelum ini iaitu Azhar Apandi, Mohd Syamin Baharuddin dan Mohd Aizzat Maidin Koty tidak dapat beraksi hingga akhir musim berikutan kegagalan kelab untuk mendaftarkan mereka dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
"Saya dimaklumkan kesilapan berpunca daripada kegagalan pihak kelab menyertakan sijil perpindahan mereka sebagai dokumen yang perlu dihantar ke MFL," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak FC
#Leandro Dos Santos
#Rainderson Da Costa
#Liga Super
#Malaysia
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan