awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamal tawar diri jadi Presiden FAS

Bernama
Bernama
10/01/2017
14:19 MYT
Jamal tawar diri jadi Presiden FAS
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menawarkan diri untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Selangor. - Gambar Jamal
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menawarkan diri untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Malaysia tampil di pejabat FAS bagi menyerahkan surat penawaran diri itu.
"Tujuan saya menawarkan diri sebagai presiden FAS ini untuk membantu kelab bola sepak Selangor ke arah yang lebih maju setanding kelab-kelab lain terutamanya kelab Johor Darul Ta'zim," katanya yang hadir bersama lebih 20 penyokongnya di pejabat FAS di sini.
Jamal menyerahkan surat penawaran diri itu kepada Exco FAS Adanan Sarriff.
Katanya tawaran itu rentetan keputusan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meletak jawatan sebagai Presiden FAS sekali gus membiarkan FAS dibelenggu pelbagai masalah dalaman.
Selangor sebelum ini mengancam untuk menarik diri daripada Liga Malaysia susulan masalah kewangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adanan Sarriff
#Datuk Seri Jamal Md Yunos
#FAS
#Pengerusi Gabungan NGO Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan