awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT II terikat 2-2 berdepan UiTM FC pada saingan Liga Premier

Bernama
Bernama
07/02/2018
20:44 MYT
JDT II terikat 2-2 berdepan UiTM FC pada saingan Liga Premier
Pemain JDT II Damasceno Neto Murilo diasak dua pemain Uitm FC Kota Kawase dan Muhamad Afif Asyraf pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang malam tadi. - BERNAMA
Johor Darul Ta'zim (JDT) II gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 2-2 menentang UiTM FC dalam saingan Liga Premier di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi.
JDT II terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma Mohd Hasbullah Abu Bakar yang bijak ditanduk Muhammad Syafik menewaskan penjaga gol UiTM FC pada minit ke-14, selepas berjaya melepasi perangkap offside.
Pelawat terus menderita pada minit ke-30 selepas tuan rumah mencipta gol kedua hasil hantaran cantik Nicolas Fernandez di celah pemain pertahanan UiTM FC yang membuka ruang buat Daren Lok melakukan rembatan bola leret.
Kesilapan Aidil Zafuan yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya hampir memberikan peluang kepada pasukan pelawat merapatkan jurang gol pada minit ke 37.
Bagaimanapun, pada babak kedua benteng pertahanan tuan rumah dibolosi pada minit ke-69 hasil jaringan Nur Arif Kamaruddin dan jaringan penyamaan Lucas Ramon Pugh pada minit akhir permainan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#JDT II
#Liga Premier
#UiTM FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan