awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT sahkan tidak buat tawaran kepada Radamel Falcao

Bernama
Bernama
18/08/2021
10:26 MYT
JDT sahkan tidak buat tawaran kepada Radamel Falcao
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kemungkinan JDT membawa masuk bekas bintang penyerang Colombia itu. - Gambar fail/REUTERS
JOHOR BAHRU: Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini menjelaskan tidak membuat tawaran kepada penyerang kelab dari Turki Galatasaray, Radamel Falcao, bagi menyertai pasukan berkenaan, sebaliknya berita mengenai perkara itu hanya khabar angin semata-mata.
Pengarah Sukan JDT Martin Prest berkata, kelab itu tidak berada pada kedudukan kewangan yang kukuh untuk menandatangani pemain berstatus bintang atau marquee player antarabangsa berkenaan, disebabkan pandemik COVID-19.
"Kami percaya bahawa kedudukan kewangan kelab akan berada pada tahap lebih baik dalam masa satu hingga dua tahun, untuk mendapatkan pemain-pemain sedemikian.
"Kami perlu lebih berhemat dalam perbelanjaan ketika ini dan memberikan keutamaan kepada infrastruktur yang boleh membawa kebaikan kepada pembangunan," kata Prest menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi JDT hari ini.
Sumber Facebook johorsoutherntigers.com.my
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kemungkinan JDT membawa masuk bekas bintang penyerang Colombia itu, selepas sebuah portal sukan Turki menerusi Twitter mereka mendedahkan, terdapat sebuah kelab popular Malaysia membuat permohonan untuk mendapatkan Falcao.
Falcao, 35, beraksi dengan Galatasaray sejak musim 2019/2020, merupakan pemain berprofil tinggi di Eropah dan pernah menyarung jersi kelab ternama termasuk Manchester United, Chelsea, Porto dan Atletico Madrid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Johor Darul Ta'zim
#Radamel Falcao
#Galatasaray
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan