awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT tewas kepada Valencia Mestalla

Sinar Harian
Sinar Harian
15/07/2025
04:00 MYT
JDT tewas kepada Valencia Mestalla
JDT tewas buat kali pertama dalam aksi pramusim mereka kepada Valencia Mestalla. - Foto/ JOHOR SOUTHERN TIGERS
KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan kekalahan pertama dalam siri perlawanan persahabatan pramusim apabila tewas 0-1 kepada Valencia Mestalla dalam aksi yang berlangsung di Stadio Olimpic Camilo Cano, Alicante, awal pagi Selasa.

Ringkasan AI
  • Johor Darul Tazim (JDT) mengalami kekalahan pertama dalam siri perlawanan persahabatan pramusim selepas tewas 0-1 kepada Valencia Mestalla di Stadio Olimpic Camilo Cano, Alicante.
  • Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain muda berusia 17 tahun, Jaume Dura pada minit ke-35; Valencia Mestalla merupakan pasukan simpanan kepada kelab La Liga, Valencia CF.
  • Daripada lima aksi pramusim setakat ini, JDT mencatat dua kemenangan, dua seri dan satu kekalahan, dan akan menentang Al-Rayyan SC dari Qatar dalam perlawanan seterusnya.

Kekalahan itu hadir selepas pasukan Harimau Selatan mencatat dua kemenangan dan dua keputusan seri dalam empat aksi terdahulu sebagai persiapan menjelang musim baharu Liga Malaysia yang dijadual membuka tirai pada 8 Ogos depan.
Dalam perlawanan tersebut, jaringan tunggal oleh pemain muda berusia 17 tahun, Jaume Dura pada minit ke-35 sudah memadai untuk memberikan kemenangan kepada Valencia Mestalla, iaitu pasukan simpanan (feeder club) kepada kelab utama La Liga, Valencia CF.
Untuk rekod, Valencia Mestalla kini beraksi dalam saingan Divisyen Empat bola sepak Sepanyol.
Setakat ini, daripada lima aksi pemanas badan, JDT mencatat dua kemenangan ke atas Real Murcia Imperial (4-0) dan Costa City (1-0), seri menentang Cardiff City (2-2) serta Levante UD (0-0), sebelum mengalami kekalahan kepada Valencia Mestalla.
JDT dijadualkan menentang kelab dari Qatar, Al-Rayyan SC dalam aksi persahabatan seterusnya yang akan berlangsung di Pusat Latihan San Pedro del Pinatar pada Rabu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JDT
#Valencia Mestalla
#keputusan perlawanan
#aksi pramusim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan