awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jin Wei gembira kembali beraksi di Kejohanan Super 1000

Bernama
Bernama
11/01/2023
06:16 MYT
Jin Wei gembira kembali beraksi di Kejohanan Super 1000
Pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu mahu memberikan yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional wanita negara Goh Jin Wei gembira dapat kembali bersaing dengan pemain terbaik dunia dalam kejohanan peringkat Super 1000, selepas kali terakhir beraksi pada 2018.
Pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu berkata tidak rugi berdepan pemain di ranking atas pada Terbuka Malaysia kali ini, justeru, beliau mahu memberikan yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena di sini.
"Saya menikmati kepantasan permainan walaupun pada awal pagi. Kali terakhir saya tidak bermain sudah hampir setahun (kerana pembedahan) dan hanya menyertai kejohanan kecil dan di Eropah kurang perhatian, jauh berbeza (di negara sendiri).
"Memang sukar untuk kalahkan mereka (pemain 10 terbaik dunia), mereka sangat konsisten dan itu yang saya sasarkan, untuk jadi konsisten," katanya.
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu menewaskan wakil Jerman Yvonne Li 21-11, 21-18 dalam 39 minit perlawanan.
Jin Wei yang mara ke pusingan kedua esok, akan berdepan lawannya dari Korea Selatan An Se Young yang mengenepikan wakil India Malvika Bansod 21-9, 21-13.
Pada Okt 2019, Jin Wei menjalani pembedahan kolektomi, prosedur untuk membuang semua atau sebahagian daripada usus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#goh jin wei
#badminton
#super 1000
#kejohanan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan