awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurang besar berbanding JDT, Selangor FC fokus raih mata sebanyak mungkin - Dr Johan

Bernama
Bernama
29/10/2024
09:30 MYT
Jurang besar berbanding JDT, Selangor FC fokus raih mata sebanyak mungkin - Dr Johan
Johan Kamal berpandangan masih banyak perkara yang perlu ditambah baik dalam usaha Gergasi Merah mengejar mata skuad Harimau Selatan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon mengakui skuad Gergasi Merah mempunyai jurang yang besar daripada segi kutipan mata berbanding pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas 13 perlawanan pada aksi Liga Super 2024/2025.
Beliau bagaimanapun berkata pasukan kendalian Mohd Nidzam Jamil itu tetap berada di kedudukan terbaik dalam saingan liga, namun masih banyak perkara yang perlu ditambah baik dalam usaha mengejar mata skuad Harimau Selatan.
"Satu jurang besar (dengan JDT), tetapi kita ambil satu perlawanan demi satu perlawanan. Jurang itu bukan satu yang kita nak fokus. Kami mahu fokus kepada diri sendiri. Dapatkan sebanyak mungkin kemenangan. Pasukan dalam kedudukan yang baik. Kita akan perbaiki apa yang kurang dalam perlawanan," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.
Ahad lepas menyaksikan skuad Gergasi Merah nyata bukan tandingan JDT apabila tewas 3-0 di laman sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Pemain sensasi JDT Bergson da Silva meledak dua gol, manakala Romel Morales satu jaringan untuk memacu kemenangan skuad Harimau Selatan.
Keputusan itu menyaksikan JDT selesa berada di puncak liga dengan 34 mata selepas 12 perlawanan tanpa sebarang kekalahan setakat ini.
Sementara Selangor pula berada di tangga kedua liga dengan 26 mata selepas 13 perlawanan dan mengalami tiga kekalahan.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#JDT
#Liga Super
#Johan Kamal Hamidon
#Gergasi Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan