awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron

Bernama
Bernama
23/12/2024
09:30 MYT
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron berkata mereka menyerahkan keputusan akhir kepada BAM, bagi menentukan ketua jurulatih baharu beregu lelaki negara selepas ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu badminton lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), bagi menggantikan tempat ditinggalkan Tan Bin Shen.
Aaron berkata bagaimanapun mereka menyerahkan keputusan akhir kepada BAM, bagi menentukan ketua jurulatih baharu beregu lelaki negara selepas ini.
"Bagi saya siapa-siapa (ketua jurulatih baharu) pun boleh... kita ada bincang dan cadang tetapi keputusan akhir ialah BAM," katanya kepada pemberita selepas majlis lanjutan penajaan antara BAM dan minuman isotonik terkemuka 100PLUS, di sini, hari ini.
Jumaat lepas, BAM mengumumkan Bin Shen akan meletakkan jawatan 13 Jan ini selepas menyertai badan induk itu pada Disember 2020.
Bekas pemain kebangsaan itu memainkan peranan penting dalam meningkatkan standard beberapa pasangan beregu lelaki negara, termasuk membantu Aaron-Wooi Yik merangkul gelaran dunia pertama Malaysia pada 2022.
Jurulatih berusia 40 tahun itu dilaporkan akan berkhidmat dengan pasukan kebangsaan Hong Kong, di bawah bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia Wong Choong Hann bermula Februari depan, bersama dua lagi jurulatih Malaysia iaitu Jeremy Gan dan Loh Wei Sheng.
Aaron pada masa sama berkata beliau mengetahui peletakan jawatan Bin Shen selepas berakhirnya Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou, China, baru-baru ini yang menyaksikan pasangan nombor enam dunia itu tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan.
Pemain berusia 27 tahun itu berkata antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakannya ialah ketika Bin Shen membimbingnya dan Wooi Yik mencipta sejarah muncul wakil badminton negara pertama bergelar juara dunia pada 2022.
Beliau juga berharap agar ketua jurulatih baharu nanti mampu meningkatkan prestasi mereka berdua, selain pasangan beregu lelaki negara lain.
Wooi Yik yang amat menghargai sumbangan Bin Shen dalam memperbaiki prestasi mereka sebelum ini, berharap dapat mencapai matlamat menjuarai Terbuka Malaysia 2025 dijadual berlangsung dari 7 hingga 12 Jan depan di Axiata Arena.
Sementara itu, Pemangku Presiden BAM Datuk V. Subramaniam berharap lanjutan penajaan 100PLUS selama empat tahun lagi dari 2025-2028 mampu melonjakkan prestasi pemain terutamanya pemain muda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#beregu lelaki
#jurulatih baharu
#Tan Bin Shen
#BAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan