awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KAFA berhajat dapatkan jurulatih import

Bernama
Bernama
21/11/2017
11:49 MYT
KAFA berhajat dapatkan jurulatih import
BIBI RAMJANI: Kita tidak mahu mendedahkan calon-calon jurulatih itu kerana mereka dalam pemerhatian dan penilaian kami.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) lebih berminat untuk mendapatkan jurulatih dari luar negara bagi membimbing skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.
Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata setakat ini pihaknya sudah mempunyai dua calon jurulatih import yang dalam pemerhatian dan penilaian pengurusan persatuan itu.
"Kita tidak mahu mendedahkan calon-calon jurulatih itu kerana mereka dalam pemerhatian dan penilaian kami," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini, KAFA mengumumkan penolong jurulatih Kelantan Santhit Bensoh diberi tugas mengendalikan latihan pasukan Kelantan sehingga ketua jurulatih baharu dipilih oleh pihak pengurusan persatuan.
Bibi Ramjani berkata antara faktor jurulatih import menjadi perhatian ialah pihaknya mahu kelainan teknik yang diterapkan kepada pemain bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia.
"Kami mengetahui pemain yang mewakili Kelantan adalah pemain muda, jadi mungkin teknik tertentu boleh dipelajari daripada jurulatih luar.
Mungkin juga disiplin yang tinggi dapat diterapkan kepada pemain, selain perlu akur terhadap lima kuota pemain import yang sudah bertambah daripada empat orang kepada lima orang yang mana mereka juga memerlukan penggunaan bahasa yang mudah difahami oleh pemain import," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan menguji lima pemain import dari Amerika Latin dalam sesi perlawanan persahabatan tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bibi Ramjani Ilias Khan
#bola sepak
#KAFA
#Kelantan
#The Red Warriors
#TRW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan