awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut kemalangan lima kenderaan
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KAFA jumpa FAM Isnin ini selesai isu lesen Liga Malaysia

Bernama
Bernama
13/10/2018
09:07 MYT
KAFA jumpa FAM Isnin ini selesai isu lesen Liga Malaysia
Bibi Ramjani berkata isu berkaitan lesen menjadi bebanan yang sukar oleh pihak KAFA. - FACEBOOK / Bibi Ramjani Ilias Khan
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menyelesaikan isu berkaitan lesen untuk menyertai Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata beliau sendiri akan mengetuai delegasi pertemuan itu dengan FAM bagi menyelesaikan beberapa masalah yang menyebabkan KAFA sehingga kini masih belum mendapat kelulusan untuk mendapatkan lesen berkenaan.
"Kami sedang meneliti syarat-syarat yang perlu dilengkapkan oleh KAFA bagi membolehkan The Red Warriors (TRW) dapat beraksi pada Liga-M musim depan," katanya kepada pemberita selepas Kongres Tahunan KAFA Kali Ke-64 di sini, hari ini.
Terdahulu, pada kongres tersebut anggota gabungan sebulat suara melantik Lizawati Abu Bakar yang merupakan exco wanita pertama KAFA bagi menggantikan Nubli Ab Latif yang meninggal dunia pada 18 Ogos lepas.
FAM sebelum ini dalam satu kenyataan menerusi lawan sesawang rasminya menjelaskan pasukan Liga Super 2018 iaitu Kelantan FA telah ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana gagal menepati kriteria yang ditetapkan.
FAM, dalam kenyataan sama berkata bagi membolehkan sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018.
Mengulas lanjut Bibi Ramjani berkata isu berkaitan lesen menjadi bebanan yang sukar oleh pihak KAFA walaupun mengakui ia perlu diselesaikan dengan segera.
"Mungkin lesen tidak diluluskan kerana tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terhadap beberapa pemain.
"Kalau penyokong gusar, saya lebih daripada itu kerana ia melibatkan nasib pasukan dan kami perlu berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bibi Ramjani Ilias Khan
#bola sepak
#FAM
#KAFA
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan