awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan 'The Red Warriors'

Bernama
Bernama
02/11/2024
01:00 MYT
KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan 'The Red Warriors'
Afandi berkata, kepimpinan baharu sedang berusaha untuk memastikan pasukan bola sepak Kelantan mampu memberi saingan hebat terhadap pihak lawan. - Foto fail/BERNAMA
TANAH MERAH: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam kalangan anak tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangannya sebagai pasukan digeruni dalam arena bola sepak negara.
Presidennya Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, kepimpinan baharu sedang berusaha untuk memastikan pasukan bola sepak Kelantan mampu memberi saingan hebat terhadap pihak lawan.
"Hampir 12 tahun lepas, Kelantan menjadi antara pasukan digeruni dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
"Justeru, kita (KAFA) ketika ini menerusi kepimpinan baharu sedang berusaha dengan apa jua cara untuk mengembalikan semula Kelantan kepada radar bola sepak negara yang digeruni," katanya kepada Bernama selepas Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak KAFA Bawah 14, di sini malam tadi.
Afandi berkata antara langkah sedang dilaksanakan adalah dengan menganjurkan kejohanan bawah umur dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Jajahan serta badan korporat bagi mencari bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
"Kita sebenarnya mempunyai banyak pemain berbakat dan mereka perlu digilap sejak awal lagi termasuk di peringkat sekolah.
"Ia penting agar suatu masa nanti kita dapat melahirkan semua pemain anak tempatan yang berkualiti tinggi dan mampu beraksi hingga peringkat antarabangsa," katanya.
Kebangkitan skuad The Red Warriors itu bermula pada 2009 selepas muncul naib juara Piala Malaysia dan Piala FA dan mengenggam treble pertama dalam sejarah pasukan mereka pada 2012 dengan menjuarai Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.
Pasukan itu juga pernah layak ke Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dalam tiga edisi dan pencapaian tertinggi mara ke suku akhir pada 2012.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KAFA
#The Red Warriors
#anak tempatan
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan