awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kai Rooney sertai Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
18/12/2020
03:32 MYT
Kai Rooney sertai Manchester United
Kai Rooney, 11 tahun, menandatangani kontrak bersama United semalam seperti yang didedahkan bapanya dalam Instagram. - Foto Instagram
HARI Rooney menjaringkan gol-gol gemilang buat Manchester United mungkin masih belum berakhir.
Rekod Wayne Rooney menjaringkan 253 gol buat pasukan Old Trafford itu masih tidak dapat ditandingi tetapi anaknya, Kai, satu hari nanti berpeluang untuk mengatasi rekod itu.
Anak sulung bekas kapten England itu, yang kini berusia 11 tahun, menandatangani kontrak bersama United semalam seperti yang didedahkan bapanya dalam Instagram.
Pemangku jurulatih Derby County itu memuat naik gambar Kai menandatangani sekeping kertas di United bersebelahan dengan jersi nombor 10 Rooney.
"Hari yang membanggakan," tulis Wayne. "Kai menandatangani untuk @manchesterunited. Terus berusaha keras anakku."
Rooney melakukan penampilan pertamanya bersama Everton pada usia 16 tahun dan ia bermakna, Kai tidak lama lagi dapat beraksi di peringkat tertinggi jika dia dapat mengatasi kegemilangan bapanya.
View this post on Instagram
A post shared by Wayne Rooney (@waynerooney)
Topic Berkaitan
#Wayne Rooney
#Manchester United
#gol
#anak
#Kai Rooney
#jersi nombor 10
#kontrak
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan