awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Katrina Ann-Zylane perlu perbaiki pergerakan

Astro Arena
Astro Arena
03/06/2015
12:41 MYT
Katrina Ann-Zylane perlu perbaiki pergerakan
Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee berada di landasan terbaik untuk merangkul pingat emas acara renang berirama berpasangan.
Selepas permulaan cemerlang pada aksi pembukaan di Pusat Akuatik OCBC semalam, Katrina Ann dan Zylane sekali lagi mendahului saingan itu selepas pusingan awal rutin bebas berpasangan dengan mengutip 76.3333 mata.
Pasangan negara itu mendahului dua gandingan tuan rumah, Stephanie Chen-Crystal Yap dan Natalie Chen-Debbie Soh yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga selepas mengumpul 75.2333 dan 72.7333 mata.
Pada aksi pusingan awal rutin teknikal semalam, pasangan Malaysia itu mengumpul 75.3436 mata.
Walaupun mendahului pusingan awal rutin bebas, Katrina Ann berkata mereka perlu memperbaiki lagi dari aspek teknikal untuk berada di landasan tepat dalam meraih pingat emas.
"Kami melakukan sedikit kesilapan teknikal terutama dalam pergerakan seirama yang tidak begitu tepat. Ia rutin baru kami dalam tahap kesukaran yang tinggi dan agak sukar untuk mencapai pergerakan seirama yang sempurna.
"Pada pusingan akhir esok, kami harap dapat mengurangkan kesilapan pergerakan kami. Kami telah melakukan yang terbaik hari ini dan mahu terus menjadi lebih baik (esok)," kata atlet berusia 22 tahun itu.
Nada yang sama turut disuarakan pasangannya, Zylane bagi menghadapi pusingan akhir esok.
"Kami tidak akan mengubah rutin sebaliknya kami perlu memastikan pergerakan kami lebih sempurna. Kami akan cuba mengelak daripada melakukan kesilapan," kata Zylane.
Topic Berkaitan
#Katrina Ann
#Sukan SEA
#Zylane
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan