awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawah Olimpik Paris 2024 tidak guna api supaya lebih lestari

Amanz
Amanz
01/08/2024
06:00 MYT
Kawah Olimpik Paris 2024 tidak guna api supaya lebih lestari
Kawah Olimpik Paris 2024 dilengkapi lampu LED dan pancutan wap air yang membuatkannya kelihatan seperti terbakar. - Gambar hiasan/ Bernama
SEJAK Sukan Olimpik moden dianjurkan semula pada tahun 1896, acara menyalakan kawah Olimpik menggunakan obor telah dilakukan.
Setiap tahun negara yang menjadi tuan rumah akan melakukan gimik nyalaan kawah yang menarik. Di Olimpik Barcelona 1992 misalnya, kawah dinyalakan menggunakan anak panah yang ditembak dari jauh.
Tahun ini Sukan Olimpik Paris melakukan kelainan apabila pertama kali mempunyai kawah yang bernyala tanpa menggunakan api.
Sebaliknya kawah dilengkapi lampu LED dan pancutan wap air yang membuatkannya kelihatan seperti terbakar.
Ini adalah kerana Paris ingin menjadi acara Olimpik yang paling lestari pernah dianjurkan dengan sasaran hanya mengeluarkan 1.5 juta tan karbon dioksida berbanding 3.5 juta tan karbon dioksida oleh Sukan Olimpik Tokyo.
Seperkara lagi yang unik ialah kawah ini akan terbang ke langit menggunakan belon setiap kali matahari terbenam sebelum turut semula pada jam 2 pagi.
Api Olimpik yang dibawa dari Athens oleh Zinadine Zidane ketika majlis pembukaan masih menyala cuma ia disimpan di tempat lain.
Selain tidak mempunyai kawah api Olimpik, Paris juga tidak menyediakan penyaman udara di perkampungan atlet sehingga memaksa Amerika Syarikat membawanya sendiri.
Sebelum acara bermula, muncul laporan atlet Thailand merungut bas yang membawa mereka panas sehingga menyebabkan mereka berpeluh-peluh. - Amanz
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#kawah Olimpik
#tiada api
#lestari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan