awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain

Bernama
Bernama
21/05/2024
03:50 MYT
KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain
KDNFC berkata, tidak timbul isu pembayaran gaji kerana bayaran gaji kesemua pemain dan staf masih mengikut jadual.
KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) menafikan peletakan jawatan Timbalan Presiden KDNFC Datuk Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Wan Mohd Zul Ikman adalah disebabkan isu pembayaran gaji pemain serta kekalahan pasukan dua perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Super.
Presiden KDNFC Rozi Muhamad berkata peletakan jawatan oleh kedua-dua individu itu adalah prosedur biasa atas tanggungjawab kerana enggan menyusahkan pasukan ketika mereka sedang melaksanakan tugasan hakiki yang lebih penting.
Beliau berkata peletakan jawatan mereka tiada kaitan dengan segala isu pembayaran gaji dan kekalahan seperti yang berlegar di media sosial.
"Perancangan mereka untuk melepaskan jawatan telah dibuat sejak beberapa bulan lepas namun saya tidak benarkan sebab waktu itu urusan penjenamaan kelab perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum melepaskan jawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rozi berkata tidak timbul isu pembayaran gaji kerana bayaran gaji kesemua pemain dan staf masih mengikut jadual.
"Begitu juga dikaitkan isu kekalahan, saingan Liga Super baru bermula dua perlawanan walaupun kedua-dua perlawanan kita tewas, adalah mustahil untuk lepas jawatan disebabkan itu.
"Satu kehilangan besar sebenarnya kepada saya dan kelab kerana mereka berdua antara individu yang telah membangunkan KDNFC namun kami kena hormati keputusan mereka untuk berundur," katanya.
Menurutnya, peletakan jawatan mereka tidak menjejaskan perjalanan serta pengurusan kelab termasuklah tumpuan untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNFC
#Kelantan
#letak jawatan
#CEO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan