awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebede dan Takele dari Ethiopia juarai Maraton Tokyo

Bernama
Bernama
02/03/2025
12:10 MYT
Kebede dan Takele dari Ethiopia juarai  Maraton Tokyo
Sutume Kebede (kiri) dan Tadese Takele masing-masing menjuarai Maraton Tokyo kategori wanita dan lelaki. - AP
TOKYO: Sutume Kebede mempertahankan kejuaraan kategori wanita di Maraton Tokyo pada Ahad, manakala rakan senegaranya, Tadese Takele, muncul juara dalam kategori lelaki, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kebede, yang sebelum ini turut muncul naib juara di Maraton Chicago tahun lepas, mendominasi perlumbaan sejak awal lagi sebelum menamatkan saingan dengan catatan masa dua jam 16 minit 31 saat.
Masa itu hanya 36 saat lebih perlahan berbanding rekod peribadinya 2:15:55 yang dicatat ketika meraih kejuaraan di Tokyo tahun lepas.
Atlet Kenya, Winfridah Moraa Moseti menduduki tempat kedua dengan 2:16:56 manakala pelari Ethiopia, Hawi Feysa berada di tempat ketiga dengan 2:17:00.
Sementara itu, Takele yang sebelum ini menduduki tempat ketiga di Maraton Berlin dua tahun lepas, meraih kejayaan terbesar dalam kariernya apabila menamatkan perlumbaan di Tokyo dengan catatan peribadi terbaik 2:03:23.
Rakan senegaranya, Deresa Geleta, meraih tempat kedua dengan 2:03:51 manakala pelari Kenya, Vincent Kipkemoi Ngetich, melengkapkan podium di tempat ketiga dengan 2:04:00. Juara bertahan dan pemenang pingat gangsa Olimpik, Benson Kipruto dari Kenya, menamatkan perlumbaan di tempat keenam.
Maraton Tokyo merupakan antara kejohanan utama dalam siri Marathon Majors bagi jarak klasik 42.195 kilometer. Tahun ini, jumlah siri utama itu bertambah kepada tujuh dengan penyertaan Sydney, selain London, Boston, Berlin, Chicago dan New York.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maraton tokyo
#pelari ethiopia
#Juara
#sutume kebede
#tadese takele
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan