awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
100 ribu penduduk Gaza dapat ‘talian hayat’ jika misi berjaya - MB Selangor
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keberkesanan servis boleh jadi kunci rampas emas Thailand

Bernama
Bernama
28/09/2023
20:20 MYT
Keberkesanan servis boleh jadi kunci rampas emas Thailand
Sarifudin berkata senjata yang diperlukan skuad negara untuk mengatasi Thailand adalah menerusi servis konsisten yang menghasilkan mata atau sekurang-kurangnya menyukarkan pemain lawan. - Gambar fail/AFP/Philippe Lopez
HANGZHOU: Walaupun Thailand adalah pasukan pilihan, namun skuad sepak takraw negara tetap berpeluang mencipta kejutan dalam perlawanan akhir acara regu berpasukan di Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Jumaat.
Pengurus pasukan, Sarifudin Mohd Salleh berkata, senjata yang diperlukan skuad negara untuk mengatasi Thailand adalah menerusi servis konsisten yang menghasilkan mata atau sekurang-kurangnya menyukarkan pemain lawan.
Beliau berkata, Thailand memiliki tekong yang bagus serta teknik bertahan yang baik.
"Jika tekong kita konsisten dan menyukarkan mereka, saya percaya itu boleh buat percaturan mereka terganggu. Kami (pengurusan) bersama barisan kejurulatihan sudah mengkaji beberapa strategi untuk berdepan cabaran Thailand," katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun enggan meletakkan tekanan kepada para pemain dan mengharapkan anak buahnya menyedari peluang terhidang untuk mencipta kejayaan membanggakan.
Beliau berkata, apa yang mustahak adalah pemain harus menumpukan kepada cara pasukan bermain lebih daripada memikirkan kekuatan yang dimiliki Thailand.
"Semua pasukan nak muncul juara begitu juga kami dan Thailand yang nak pertahankan emas, namun bagi saya lebih penting adalah bagaimana cara kita bermain di final.
"Saya harap pemain dapat fokus pada final dan berikan aksi lebih baik kerana perlawanan esok berbeza daripada perlawanan kumpulan dan separuh akhir," katanya.
Pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia Thailand memenangi emas dengan menumpaskan Malaysia di pentas final.
Perlawanan pada Jumaat memberi peluang kepada para pemain untuk memperbaiki pencapaian perak dan melunaskan dendam kekalahan lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asia
#Thailand
#acara regu
#servis konsisten
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan