awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis Selat Hormuz jejas 20 peratus bekalan, pacu kenaikan harga minyak global – Amir Hamzah
Konflik Asia Barat: Israel beri amaran sasar ambulans di Lubnan, dakwa disalah guna
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga 7 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Dunia 2025: Pearly-Thinaah selangkah rangkul pingat sulung beregu wanita

Bernama
Bernama
29/08/2025
21:30 MYT
Kejohanan Dunia 2025: Pearly-Thinaah selangkah rangkul pingat sulung beregu wanita
Pearly-Thinaah meraih kemenangan set pertama dengan mata 21-15, sebelum meneruskan momentum dengan melengkapkan kemenangan set kedua 21-10. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris pada Jumaat, sekali gus selangkah mencipta sejarah merangkul pingat sulung acara beregu wanita di kejohanan berprestij itu.
Pada aksi suku akhir berlangsung di Adidas Arena, pasangan nombor dua dunia itu memastikan pingat gangsa sekurang-kurangnya dalam genggaman, selepas mudah mengetepikan cabaran adik-beradik Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria.
Pearly-Thinaah meraih kemenangan set pertama dengan mata 21-15, sebelum meneruskan momentum dengan melengkapkan kemenangan set kedua 21-10.
Keputusan itu turut memadam duka lama selepas kedua-dua mereka terkandas di suku akhir pada edisi 2023 di Copenhagen, Denmark.
Menanti mereka di separuh akhir Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun, yang mara selepas menewaskan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan 21-17 dan 21-14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pearly Tan-M Thinaah
#Paris
#Kejohanan Dunia 2025
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan