awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Dunia: Empat pemain skuasy negara mara pusingan kedua

Bernama
Bernama
11/05/2025
06:45 MYT
Kejohanan Dunia: Empat pemain skuasy negara mara pusingan kedua
Sivasangari memulakan kempen kejohanan dunia yang berlangsung di Chicago dengan kemenangan ke atas pemain Sepanyol, Marta Dominguez. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Empat pemain skuasy negara, termasuk S. Sivasangari mara ke pusingan kedua Kejohanan Dunia 2024-2025 di Chicago, Amerika Syarikat, semalam.

Ringkasan AI
  • Empat pemain skuasy negara, termasuk S. Sivasangari, berjaya mara ke pusingan kedua Kejohanan Dunia 2024-2025 di Chicago.
  • Sivasangari dan Rachel Arnold akan berdepan lawan dari Mesir, manakala Aira Azman dan Ng Eain Yow turut menghadapi ujian sukar dalam perlawanan seterusnya.
  • Walaupun beberapa pemain menunjukkan prestasi cemerlang, Aifa Azman dan Noor Ainaa Amani Ampandi terpaksa akur dengan kekalahan kepada lawan masing-masing.

Bagi kategori wanita, Sivasangari yang berada ranking ke-9 dunia memulakan kempen kejohanan dunia yang berlangsung di University Club of Chicago dengan kemenangan ke atas pemain nombor 52 dunia dari Sepanyol, Marta Dominguez, 11-4, 11-5, 16-18, 11-2.
Pemain pilihan ketujuh kejohanan itu akan berdepan cabaran seterusnya, Sana Ibrahim dari Mesir, yang menewaskan jaguh Finland, Emilia Soini dengan 11-8, 11-5, 11-5.
Pemain nombor 19 dunia, Rachel Arnold turut menempah tempat ke pusingan seterusnya selepas meneruskan rentak kemenangan tiga perlawanan berturut-turut ke atas Nour Heikal dari Mesir, 11-9, 11-9, 4-11, 11-3.
Cabaran getir menunggu Rachel di pusingan kedua apabila terpaksa berdepan pilihan utama yang juga nombor empat dunia, Olivia Weaver, yang meleburkan harapan peminat skuasy Malaysia dengan menewaskan Aifa Azman, 11-3, 11-2, 11-1.
Juara baharu Terbuka Bermuda 2025, Aira Azman turut mara ke pusingan kedua setelah menundukkan Torrie Malik dari England, 11-8, 10-12, 11-7, 11-8.
Menduduki rangking ke-26 dunia, Aira akan berdepan dengan Salma Hany dari Mesir, yang menewaskan rakan senegara, Menna Hamed, 11-9, 8-11, 11-9, 11-3.
Sementara itu, wakil tuan rumah, Amanda Sobhy, membuktikan dia terlalu kuat buat Noor Ainaa Amani Ampandi apabila menang mudah 11-3, 11-2, 11-3.
Bagi kategori lelaki pula, pemain nombor 10 dunia, Ng Eain Yow menepati jangkaan apabila menyingkirkan Patrick Rooney dari England, 11-8, 11-5, 11-6.
Eain Yow yang merupakan pilihan ke-10 kejohanan, akan menghadapi lawan dari Pakistan, Muhammad Asim Khan di pusingan kedua selepas Asim menang dalam perlawanan sengit lima set menentang pemain Perancis, Auguste Dussourd, 11-9, 7-11, 12-10, 7-11, 11-2.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kejohanan dunia
#Skuasy
#Chicago
#S Sivasangari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami