awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Olahraga Asia: Terlalu teruja punca tiga balingan Jackie Wong terbatal

Astro Arena
Astro Arena
13/07/2023
23:45 MYT
Kejohanan Olahraga Asia: Terlalu teruja punca tiga balingan Jackie Wong terbatal
Jackie hanya mencatatkan 65.07 meter sewaktu balingan ketiga sebelum dua balingan selepas itu dibatalkan dan yang terakhir pula sekadar 62.79m. - Foto Astro ARENA
JAGUH baling tukul besi negara, Jackie Wong, mengakui keterujaan untuk melakukan balingan terbaik menjadi punca dia melakukan beberapa kesilapan sehingga tiga balingannya dibatalkan dalam Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand semalam.
Keadaan itu turut menyaksikan dia menduduki tempat keenam tetapi Jackie menganggapnya sebagai satu pencapaian yang lebih baik berbanding sewaktu menduduki tempat kelapan dalam edisi 2019.
Bagaimanapun, daripada segi catatan, ia gagal memberikan kepuasan buatnya memandangkan dia hanya mencatatkan 65.07 meter sewaktu balingan ketiga sebelum dua balingan selepas itu dibatalkan dan yang terakhir pula sekadar 62.79m.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Jackie berkata: "Saya masih tidak berpuas hati dengan catatan kerana saya yakin boleh melakukan 66m dan ke atas.
"Tetapi balingan saya banyak terbatal, di mana tiga daripada enam terbatal.
"Saya memberikan segalanya dalam kesemua enam balingan saya kerana saya mahu layak ke final.
"Mungkin itu menjadi puncanya," katanya.
Topic Berkaitan
#atlet baling tukul besi
#Jackie Wong
#balingan terbatal
#Kejohanan Olahraga Asia Bangkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan